5 KESAN MENOPAUS YANG WAJIB KITA TAKUTI

Semua wanita akan mengalami menopaus 
walaupun ia adalah proses
yang tidak dinantikan oleh para wanita.
Doktor secara rasmi mendiagnosis
menopaus terjadi apabila
tubuh wanita sudah 12 bulan
tidak datang haid.

Ini biasanya berlaku
sekitar umur 51 tahun,
tetapi berbeza bagi setiap orang
ada yang berlaku seawal 30-an.
Sebilangan wanita melaluinya dengan mudah,
sementara yang lain
menghadapi gejala yang lebih ekstrem
atau tidak selesa.

Perimenopause adalah
fasa sebelum menopaus dan ianya
bermula ketika seorang wanita mendapati
perubahan ketara dalam kitaran haidnya.
Ia biasanya bermula ketika
wanita berusia 30 ke 40,
rata-rata berumur sekitar 47 tahun,
dan biasanya berlangsung selama 4 tahun.

Antara 5 kesan menopaus yang paling ditakuti adalah :-

1) EMOSI TIDAK STABIL, MURUNG DAN DEPRESI

Perubahan mood sering terjadi pada wanita
berpunca daripada
perubahan tahap hormon
yang berlaku secara
semula jadi semasa menopaus.
Perubahan emosi dan mood
semasa menopaus biasanya
disebabkan oleh tekanan,
kesihatan yang buruk,
dan sejarah kemurungan.

Dibawah ini adalah kesan daripada
kemurungan teruk akibat daripada menopaus;

  • Tekanan diri dan emosi yang ekstrim
  • Aktif Merokok
  • kurang atau tidak melalukan senaman
  • Rasa Kesunyian melampau
  • Kebencian terhadap pasangan
  • Kesihatan diri yang dirasakan buruk

Seperti yang kita tahu,
perubahan hormon dan mood swing 
begitu sukar dipisahkan.
Di samping pergolakan emosi,
sesetengah wanita juga akan
mengalami masalah sukar tidur.
Secara tidak langsung,
semua masalah ini juga
menjadi punca seseorang wanita
lebih pelupa dan kurang fokus.

Sememangnya, bukan mudah
untuk melalui fasa perimenopause,
namun persediaan dan kematangan
sedikit sebanyak akan membantu dalam
mengendalikan perubahan ini.

2) KEBERSIHAN TERJEJEAS SEPERTI KENCING KOTOR

Terkencing apabila anda
melompat, batuk, atau bersin
kedengaran seperti melucukan.
Tetapi, ia adalah realiti
yang akan berlaku menjelang tempoh
menopause pada wanita.

Selain kesukaran mengawal pundi kencing,
kekerapan anda untuk ke tandas
juga semakin bertambah.
Ini disebabkan penipisan lapisan
dinding uretra dalam sistem urinari
serta otot pelvik yang semakin lemah.
Pembersihan secara
teliti haruslah diamalkan,
supaya anda tidak mudah untuk
terdedah dengan masalah air kencing kotor.

Jika perkara ini diabaikan,
kuman pada saluran air kencing
bahagian bawah boleh berpindah
dan naik ke atas hingga
ke buah pinggang(ginjal).
Ini akan menyebabkan jangkitan kuman
pada buah pinggang
yang dipanggil sebagai acute pyelonephritis.
Pesakit boleh kehilangan nyawa
disebabkan komplikasi ini.

3) KULIT CEPAT KEDUT DAN MENGERING

Menjelang fasa perimenopause,
kekurangan hormon estrogen
dapat menyebabkan tisu menjadi
lebih nipis dan kering.
Kekeringan ini boleh menyebabkan
gatal-gatal dan kerengsaan di kawasan kulit.
Seorang pakar, Dr.Pinkerton
menyifatkan fasa menopause ini
sebagai ‘reverse puberty’, 
di mana anda mungkin akan melalui
masalah yang pernah anda lalui
di zaman remaja dahulu .
Antaranya termasuklah masalah
jerawat, kulit kering, eczema dan alergi.

Selain kulit,
bahagian tubuh lain juga
akan turut terkesan
seperti mata dan vagina
–yang turut menjadi punca
menurunnya nafsu seksual seiring usia.
Pelembap dan produk estrogen vagina
secara lansung dapat
membantu mengurangkan kekeringan
pada kawasan sulit.

Jika dibiarkan
kekeringan ini berlanjutan,
ianya boleh mengakibatkan
kulit mejadi merekah
dan sakit apabila terkena air.
Aktiviti harian makin
sukar untuk dijalankan
seperti mencuci pinggan, mandi dan yang
paling terkesan adalah ketika bersama suami.

4) TULANG RAPUH (OSTEROPOROSIS)

Apakah hubungan antara
menopaus dan osteoporosis?

Badan anda akan terus membina tulang
sehingga anda mencapai titik tinggi tertentu.
Tulang anda akan mencapai ketumpatan
dan kekuatan maksimumnya,
ini biasanya berlaku pada usia 30 tahun.

Tetapi kemudian
menopause mula mendekati,
dengan semua perubahan hormon bersamanya.
Apabila paras estrogen anda jatuh,
tubuh anda mula menyerap
atau merosakkan lebih banyak
tulang daripada apa yang dihasilkan.
Pecahan tulang meningkat
mengatasi pembentukan tulang baru.

Setelah seorang wanita selesai menopaus,
dia mungkin telah kehilangan
banyak tulang selama beberapa tahun.
Akhirnya, dia menjadi terdedah kepada
perkembangan osteoporosis dan risiko dia
membengkak kenaikan tulang.

Sesetengah orang menjadi
tidak berupaya kesan
daripada tulang yang rapuh.
Penggantian semula tulang pinggul
selalunya diperlukan sekiranya ia patah,
dan ini akan menyebabkan pesakit
tidak mampu berjalan sendiri.
Walaupun osteoporosis tidak
memendekkan jangka hayat manusia,
ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi
sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.

5) PENDARAHAN KRITIKAL

Jika seseorang wanita
yang telah putus haid mengalami perdarahan,
ia dikira darah penyakit
dan perlu diketahui punca-puncanya
melalui siasatan lanjut.
Perdarahan ini biasanya tidak tetap hari
dan tidak mengikut kitaran bulan yang biasa.
Ada kalanya darah yang keluar sedikit
dan ada yang banyak sehingga memudaratkan. 

Darah penyakit ini berpunca daripada beberapa sebab seperti di bawah:

  1. Masalah pembekuan darah seperti hemophilia atau jangkitan kuman.
  2. Wanita yang mengambil pil hormon
    atau ubat tradisional tertentu.
    Bahan yang terdapat dalam
    ubatan herba mungkin
    mengandungi hormon tersembunyi
    atau terproses secara semula jadi.
  3. Pembengkakan rahim (radang)
    tanpa sebab yang diketahui secara jelas.
    Mungkin perubahan tindak balas badan dan
    hormon atau jangkitan kuman.
  4. Perdarahan berpunca daripada kanser rahim,
    kanser pangkal rahim atau kanser ovari (kilang telur).
  5. Terdapat ketulan (polyps) di dalam rahim
    atau pangkal rahim.
    Apabila diganggu semasa
    hubungan bersama suami,
    perdarahan boleh meletus.

Perkara yang paling membimbangkan
para pakar perubatan mengenai
masalah perdarahan selepas putus haid
ini adalah kanser.

Lima hingga 10 peratus perdarahan
selepas putus haid adalah berpunca
daripada kanser rahim.

Akhir kata, terdapat banyak cara
untuk menguruskan kesan-kesan menopaus
yang tidak selesa ini seperti
mengamalkan makanan yang kaya kalsium
dan vitamin D, atau suplement 
yang dicadangkan oleh doctor.
Gaya hidup aktif juga perlu dititik beratkan
untuk anda dalam menguruskan kesan menopaus ini.

Sekiranya ia berlaku kepada
orang terdekat seperti ibu kita,
cubalah fahami keadaan mereka
dan bantulah mereka menghadapinya
dengan sokongan moral. 

Sebaik saja berlakunya tanda
atau gejala perimenopause,
sebaiknya temujanji dengan doktor perlu ditetapkan
untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan.
Ujian saringan seperti mammogram,
tiroid, dan pemeriksaan fizikal lainnya
dapat membantu anda mencapai
kesihatan yang optimum.

Disini saya senarai 13 makanan tambahan
yang boleh diamalkan supaya
mengelakkan kita daripada
menopaus terlalu awal (usia muda).

Makanan tambahan tersebut adalah seperti:-

  • madu asli
  • kurma
  • delima
  • kunyit
  • halia
  • manjakani
  • akar serapat
  • assam jawa
  • pueraria mirifica
  • mas cotek
  • saffron
  • kacip fatimah
  • biji kedekai

Kesemua 13 makanan tambahan ini,
kita boleh didapati dengan sangat mudah,
dan sangat menjimatkan masa.

Jom saya kongsi RAHSIA
yang jarang di kongsi sebelum ini,
iaitu satu PETUA bagi mengelakkan
menopaus awal daripada terjadi dengan cara
yang terbaik dan 100% bahan semulajadi.

RAHSIA ialah dengan hanya mengamalkan
Jus Manja 2 kali penggunaan sehari sahaja.
Mudah, serta terbukti sangat-sangat berkesan.
Bagi yang memerlukan informasi lanjut
serta melihat feedback pengguna-pengguna
Jus Manja sendiri, boleh tekan gambar dibawah ini.