5 PUNCA RUMAHTANGGA MENJADI RETAK !

Sebut sahaja perkahwinan, maka sudah maklum ia melibatkan perhubungan antara dua insan yang saling berkasih sayang. 

.

.

Perhubungan yang dibina atas ikatan kasih sayang ini tak selamanya bahagia,andai tak dipertahankan.

.

Buktinya, lihat sahaja di Malaysia kes penceraian semakin hari semakin merisaukan.

.

Lagi membimbangkan kerana 

bukan sahaja institusi perkahwinan sahaja yang mendapat kesan,

bahkan anak-anak yang lahir dari keluarga yang berantakan ini 

seringkali menjadi mangsa yang mengakibatkan emosi dan psikologi mereka terganggu.

 .

.

.

Tentu sebagai ibu atau bapa,kita tak mahu sesuatu merosakkan kehidupan anak-anak bukan? Berikut merupakan 5 Punca TERBESAR kretakan Rumhtangga.

 

#1 Kurang Komunikasi

Komunikasi merupakan antara perkara terpenting dalam kehidupan berpasangan.

Kekerapan berkomunikasi dapat mengelakkan diri dan pasangan dari salah faham 
yang menyebabkan terasa hati.

Sebagai contoh,dalam pemanduan kenderaan jika tiada komunikasi berbentuk signal,pasti akan berlaku kemalangan.
(gambar)
Begitu juga dalam perhubungan andai pasangan salah faham,pasti ada yang terluka.
Harus diingat walaupun suami/isteri sentiasa bersama,
tanpa komunikasi yang berkesan
pasti akan berlaku masalah. Tiada siapa didalam dunia ini yang dapat membaca hati orang lain.

#2 Mengalami Masalah Kewangan

Umum mengetahui semakin lama kos sara hidup semakin membebankan. Bahkan
yang amat membimbangkan apabila banyak fakta-fakta menunjukkan banyak kes penceraian berlaku disebabkan masalah kewangan. Apatah lagi jika mempunyai keluarga yang ramai
tentu sahaja bebanan kewangan yang difikir saban hari akan menyebabkan tekanan,
sekaligus membawa kepada perbalahan yang meyebabkan keretakan rumahtangga.

Oleh itu amat penting untuk pelajari ilmu kewangan yang betul-betul berkesan.
Terutama sebagai ibu bapa demi merancang kewangan keluarga yang berkesan.
Sebagai contoh sekarang ini kelas-kelas berkaitan kewangan yang telah banyak ditawarkan.
Ataupun terdapat juga pakar-pakar kewangan yang memberikan ilmu kewangan
secara percuma.
Boleh add friend mereka di FB,seperti contoh:
1)Alwi Adam
2)Afyan Mat Rawi
3)Ainon Mohd
4)Dr Zaharuddin
5)Nik Hasyudeen
dan ramai lagi yang boleh dijadikan rujukan.

#3 Tiada Persefahaman Yang Baik

Pasti sangat pelik bukan? Bagaimana hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang dan
saling memahami kini keretakan juga akibat kesefahaman.Permulaan berlaku kesefahaman yang tidak baik ini melibatkan juga 
komunikasi dan ego diri. Sebab itu, pesan orang-orang dulu amat penting 
diambil iktibar betapa pentingnya pasangan berkahwin
ini belajar menurunkan ego. 

Terdapat solusi terbaik, antara cadangan dari pakar kaunselor lakukan ‘Shift Your Paradigm’.
Atau dalam erti kata lain ‘ubah cara pandang’. Ya, normalnya kita tahu sesiapa yang dapat berhujah dengan baik itu, merekalah di pihak yg benar.
Tetapi ia sama sekali berbeza
dalam perkahwinan. Suami atau Isteri wajib belajar erti
bertolak ansur. Belajar erti
ia bukan tentang salah siapa. Belajar erti mengalah itu bukan bermaksud diri itu lebih lemah.
Belajar terima kekurangan pasangan. Sifat ini jika tidak diubah pasti,
akan menyebabkan hubungan semakin lama semakin hilang serinya.
Bahkan sehingga boleh mencetus kearah penceraian.

#4 Semua Urusan Rumah Dibuat Isteri

Sebenarnya sangat ramai isteri yang merasa terbeban, tidak kira samada
isteri yang bergelar surirumah atau wanita berkerjaya.
Hal ini kerana hampir
100% urusan dirumah diletakkan dibahu isteri. Setabah mana pun isteri,
tentu ia akan merasa bosan dan letih dengan situasi ini. Akhirnya, ia menjurus kearah
keruntuhan rumah tangga. Sedangkan,kehidupan
berumahtangga tentu
akan jadi lebih harmoni jika kedua-dua pihak
dapat saling membantu
berganding bahu melakukan urusan rumah.
Namun bagi meletakkan
100% kesalahan kepada suami juga tidaklah adil.
Ia kerana watak ini kebanyakan dibentuk dari kecil. Beberapa tips dari pakar
mengesyorkan supaya isteri secara sedikit demi sedikit memohon pertolongan
dari si suami seperti urusan menjemur baju,sapu-sapu di halaman
dan lain-lain pekerjaan yang ringan supaya dapat membiasakan si suami
dengan kerja-kerja dirumah.

 

#5 Ketidakpuasan Hubungan Di KAMAR

Kebelakangan 5-10 tahun ini punca keretakan banyak direkodkan akibat
ketidakupayaan sksual yang semakin membimbangkan. Paparan-paparan akhbar juga menunjukkan bahawa masalah ini antara punca berlakunya
penceraian dalam rumahtangga. Ini menggambarkan kepuasan hubungan sksual
memberi kesan kepada hubungan suami istri.

Menurut kajian yang dibuat oleh
The Asia Pasific Sxual Health and Overall Wellness(APSHOW)
pada 2008 menunjukkan peratusan yang tinggi wanita dan lelaki yang mendapat
kepuasan dalam hubungan sksual lebih gembira dalam perkahwinan
dan kebanyakan yang kurang berpuas hati berakhir dengan penceraian.
Hal ini menyumbang kepada kadar penceraian yang amat besar di Malaysia.
Sebenarnya terdapat banyak cara bagi mengatasi masalah ini.
Sebagai contoh bagi wanita,lagi-lagi yang sudah melahirkan anak boleh
menguatkan kembali bahgian int1m mereka supaya kembali mengxncam.
Jika anda mahukan tips rahsia menjaga mahkota vivi agar sentiasa ktat dan bersih.
Boleh tekan dibawah ini-

 

PENUTUP

Kesimpulannya, sebagai insan yang bergelar suami atau isteri, kedua-dua pihak memikul
tanggungjawab yang sama berat bagi mempertahankan mahligai perkhawinan yang dibina.
.
.
Perrkahhwinan sebenarnya sesuatu yang indah, tapi perlu disulami dengan 
pemahaman memahami kekurangan dan kelebihan pasangan.
.
Apa lah maknanya manis tanpa mengenal erti pahit, apa makna gembira tanpa ada nya duka.
Begitu juga kehidupan berpasangan, tiada makna kelebihan tanpa kekurangan.
.
Sesuatu yang kurang dan lebih itu terbit supaya ada makna untuk kita sebagai insan memahami.

Kepada pembaca artikel yang saya kasihi. Cuba analisa diri dan pasangan dan baiki
diri dari semasa hingga semasa. Saya mendoakan agar perkhawinan yang dibina akan kekal
dan bahagia sehingga hujung nyawe 😀